Dawn Brower 
Bayangan Cinta [EPUB ebook] 

Support

Lady Anya Montgomery dapati dirinya di waktu yang lain, bukan dalam tubuhnya sendiri, dan bertunang dengan seorang lelaki yang menjijikkan. Dia tidak tahu bagaimana dia berada dalam situasi ini atau bagaimana caranya untuk dia pulang ke rumah, tetapi hari demi hari, dia tertanya-tanya jika di sini adalah tempat yang dia seharusnya berada apabila dia mula jatuh cinta.
Lady Anya Montgomery bangun suatu hari, 20 tahun yang lalu, dalam tubuh berbeza, dengan seorang bapa yang mengawal, dan seorang tunang yang tidak diingini. Setiap hari membawa kejutan yang baharu, tetapi Anya hanya mempunyai satu matlamat: untuk pulang ke tempat asalnya. Namun, apabila dia mula jatuh cinta, dia tertanya-tanya jika tempat ini adalah di mana dia seharusnya berada… Bahaya bakal berlaku dan dia mungkin tidak dapat untuk teruskan hidup. Anya perlu membuat keputusan yang rumit untuk selamatkan nyawa dua orang kanak-kanak, dan keputusannya akan mendatangkan impak yang besar. Hidup dengan kesusahan daripada hasil keputusannya mungkin membuktikan bahawa dia tidak berjaya. Dia hanya perlu fahami mengapa dia dihantar ke masa lalu, dan jika dia dapat melakukan sebarang perbezaan. Dalam pencariannya, dia temui seseorang yang dapat memberikan jawapan yang dicari, dan bantunya untuk fahami segalanya. Namun, kepercayaan bukanlah mudah baginya, dan tiada yang dapat mempersiapkan Anya untuk menghadapi kejutan yang bakal menimpanya.

€3.49
Zahlungsmethoden
Dieses Ebook kaufen – und ein weitere GRATIS erhalten!
Sprache Malayisch ● Format EPUB ● Seiten 193 ● ISBN 9788835425649 ● Dateigröße 0.5 MB ● Übersetzer Anis.M.S. ● Verlag Tektime ● Ort Montefranco ● Land IT ● Erscheinungsjahr 2021 ● herunterladbar 24 Monate ● Währung EUR ● ID 7875835 ● Kopierschutz Adobe DRM
erfordert DRM-fähige Lesetechnologie

Ebooks vom selben Autor / Herausgeber

295.706 Ebooks in dieser Kategorie