Jannah An-Nur Foundation & Jannah Firdaus Mediapro 
Terjemahan Dan Arti Kitab Suci Al-Quran Perkata Versi Bahasa Indonesia [EPUB ebook] 

Support

Terjemahan Dan Arti Kitab Suci Al-Quran Perkata Dalam Bahasa Indonesia. Al-Quran atau Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, Kitab Suci Al-Quran ialah wahyu yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur dalam tempo waktu 23 tahun.
Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)
Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Malaikat Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, Al-Quran ialah kalam Allah SWT yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah (Pembukaan) dan berakhir dengan Surah An-Naas (Umat Manusia).

€0.99
Zahlungsmethoden
Dieses Ebook kaufen – und ein weitere GRATIS erhalten!
Sprache Indonesisch ● Format EPUB ● ISBN 9788832534009 ● Dateigröße 349.8 MB ● Verlag Jannah Firdaus Mediapro Studio ● Erscheinungsjahr 2019 ● herunterladbar 24 Monate ● Währung EUR ● ID 6914218 ● Kopierschutz ohne

Ebooks vom selben Autor / Herausgeber

123.903 Ebooks in dieser Kategorie